Tuesday 5 November 2013

Selekeh



Entry kali ni sempena minggu hekzem lepas. Selagi tak keluarkan, asyik teringat je.

1
2
Action!

Me : Haish. Minggu exam ni semua selekeh. Rumah selekeh tak bersapu, baju penuh sebakul tak sempat nak basuh.
Aqis : Memang. Jiwa pun selekeh.
Erk! (tercekik)

Yelah. Exam seminggu je tapi preparation mesti awal seminggu kan (ceh, bajet macam study je). So, totally 2 minggu tak pegang penyapu, tak berus baju dan tak....

Baca al-Quran??

Astaghfirullah. TT.TT

Jiwa selekeh. Eh, baca Quran tapi tak seistiqamah macam hari tak exam la. Tidur tak tetap waktu, Qiamulail entah berterabur ke mana. Ma'thurat tercicir. Nasib baik solat fardhu cukup tapi tu pun tak awal waktu.

Rumah kotor. 1 jam amik masa nak bersihkan. Sapu, mop. Siap. Clean & clear.
Baju kotor. 1 jam duduk dalam toilet basuh. Berus, bilas. Done. Wangi & bersih.
Jiwa selekeh? 1 jam baca Quran. Tetap belum jadi bersih & wangi. Take time nak bersihkan, kekalkan.

Exam bukan penyebab untuk kita selekehkan jiwa dengan tak melakukan amalan-amalan yang biasa kita lakukan. Tak lulus exam dunia, masih boleh go on. Tapi kalau fail exam depan Allah, boleh ke kita go on masuk syurga?

Ok.

Maybe akan ada yang kata kita taktau soalan apa yang akan keluar. So, mesti kena tumpukan sepenuhnya lecture notes yang lagi tebal dari kamus dewan tu. Nanti senang la nak jawab. Tapi, kenapa kita tak buat preparation sebegitu rupa untuk exam kat akhirat nanti sedangkan kita dah tau soalan apa yang Allah akan tanya (tak payah tulis sebab korang pun dah tau kan)

Cuma kita kena buat bersungguh-sungguh dan sempurna je. Tak susah pun.

Marilah sama-sama kita bersihkan rumah yang dah macam ppfffttt ni. Baru selesa nak belajar dan beribadat.

Pada masa yang sama, bersihkan jiwa kita yang dah sememangnya selekeh ni dari kekotoran.
(entry ni pun selekeh, berterabur)


May Allah bless :)

2 comments: