Friday 26 July 2013

Dating kena punctual



Awak, saya nak membebel berkongsi kat sini. Maybe benda ni saya sorang je yang buat. Yela, awak semua kan baik-baik. :D

Just a short entry about 'Punctual'.

Sejak beberapa hari kebelakangan ni, I try to find a solution so that I can punctual when Allah calling. Finally, dapat jugak walaupun tak berapa praktikal.

Bulan puasa camni, biasanya time nak solat Zohor dengan solat Asar yang memberi cabaran. Yela, time tengah hari mana ada lunch, so nak hilangkan boring mesti nak online je kerja. Secara tak sedar, kita tak perasan dah masuk waktu solat. Kalau dah hadap laptop ni, tipu la kalau 15 minit je kan. Paling tak pun sejam nak check facebook, twitter, awakTube nak tengok update terbaru. Haila dunia, dunia..

Solution yang saya boleh kongsi kat sini, sebelum online tu tengok jam dulu. Kalau dah tak tahan sangat nak Mencicip ke hape ke, bajet masa berapa lama nak hadap Muka Buku tu biar tak terbabas waktu solat. Kalau dah terbabas nanti, cedera sana sini (jauh pulak melencong. dah terbabas dari landasan jugak ni).

Then, kalau dah rasa nak masuk waktu lagi 10 minit ke or 15 minit ke, dah tak tahan sangat, online je la tapi jangan selesakan diri. Contohnya tak payah buka kipas or air-cond or whatever yang membuat korang boleh duduk lama-lama ber'online'. Bila dah berpeluh-peluh, tengok jam balik semula. Muhasabah diri, 'Tula, patutnya aku kena ready nak pergi dating awal-awal, kan dah lambat.'

Pastu buat apa?
Tanya lagi. Pergi la solat.

(tak yah risau la. saya post entry kali ni tengah malam buta. Jangan nak salahkan entry ni kalau buat korang lewat solat Isyak. Kalau tak solat Isyak lagi, confirm korang tak terawih kan. hehe. solution ni saya yang cipta sendiri. mana tau korang punya lagi gempak dari ni. *_*v )

Salam Nuzul Quran.

Monday 22 July 2013

Ahli Baru



Siapa nak jadi ahli, sila isi borang dulu. Letak nama, berapa juzuk dalam hati. Err... Takde la, gurau saja. :)

Tersebutlah kisah seorang puteri kayangan..

Pergh, cerita nak indah saja.

Kisahnya begini.

Lepas Isyak tadi (abaikan apa yang terlintas kat kepala kalian tu), my mom's friend (our neighbor actually) came to my house. Tujuannya, biasa la dah dekat raya ni, apalagi, hantar baju raya untuk dijahit by my mom. I joined them (saja menyibuk). Atas lantai penuh dengan kain yang dah siap dipotong, cuma tinggal nak dicantum je.

Ada satu jenis kain yang menarik perhatian mata saya. Corak pun lawa kot (biasa la perempuan kan ada 9 nafsu. Tu salah satunya). Kami bercerita la tentang hikayat 1001 malam kain tu. Harga kalau beli borong dengan beli runcit (err, istilah ni kalian faham sendiri sudah la) beza banyak mana.

Then, tercetusnya conversation (it's spontaneous),

Mom : "Kalau nak beli kain macam ni (kain yang diceritakan di atas), rugi je. Dari dulu sampai sekarang keluarga tak berkembang (tiada kaitan dengan saiz badan)."

Mom's friend : "Kalau untuk majlis kahwin boleh la nak beli. Sabar la, tak lama lagi ada tu (to my mom). Ha along (majority people called me along), ibu dah bagi hint tu suruh tambah ahli keluarga baru (to me)."

Me : Erk! (Speechless...)

P/S : Harga kain tu mahal. Kalau nak murah, kena beli banyak.

(Saje nak tulis kat blog. Kalau update fb, ramai yang baca. Malu kot..)

Selamat bangun sahur. :)

Wednesday 10 July 2013

Pesta! Yuhuuu!



Marilah mari,

Kita berpesta habis-habisan..
*sambil lompat-lompat

Macam-macam pesta sedang berlangsung sekarang..

Untuk sebulan ni je..

Pesta apa?

Pesta makanan!

Pesta pakaian!

Pesta perabot!

Pesta biskut!

Pesta membeli-belah!!

Masya Allah. Astaghfirullah. Allahu Akhbar. Alhamdulillah :)

Tapi kan, tapi kan, tapi kan (banyak pulak tapinya)

Yang paling bagusnya adalah,

PESTA IBADAH!!
YEAY!!

Dunia dunia.


Kalau kita saya tengok la kan (pengalaman diri sendiri)

Malaysian ni enjoy berpesta ibadah tu 10-20 Ramadhan pertama je.
Bila masuk je minggu terakhir puasa.

Dang!
4 pesta yang atas tu lagi meriah.
Felamakss! Tak caya?

Try la sekali, minggu terakhir puasa tu tiap-tiap malam lepas tarawih keluar bandar kejap.
Saja amik pengalaman menonton gelagat umat Islam sekarang camne.
Yela, kita pasti akan hadapi juga especially kalau dah duduk dunia luar.
*belum rasa takyah cakap

Sibuk menghias rumah.
Pasang langsir baru, lampu kelip-kelip warna-warni, pelita keliling rumah.
Tu belum kira bab pakaian raya. 30 hari raya, 30 pasang baju raya (ada ke?)
Dengan perabot semua tukar baru (entah ada orang datang ke tak)
Kuih raya berbakul-bakul sampai boleh simpan untuk next punya raya. (eewww..)

Preparation baik punya. Lastly, mana tau kan. Allah tak izinkan sambut raya. Kita taktau.

Isk isk! Sedihnya..

Yela, banyak dah tulis, semua tak mendatangkan manfaat dan berkat dalam bulan mulia ni.

Ok ok.

Ramadhan sekali je setahun. (semua bulan memang sekali je setahun. apadaa..)

Oops. Tersilap sudah.

Bulan puasa, bulan beribadah.

Syaitan diikat (taktau sebab tak nampak)

Sekarang ni hanya nafsu yang bertindak untuk menentang akal. Kira satu lawan satu la.

Siapa yang menang? Diri sendiri la yang tentukan.

Nafsu tengok makanan? Fikir dulu, 'kalau aku beli banyak jenis ni, habis ke aku makan?'

Nafsu tengok pakaian? Ingat balik, 'err, nak ingat pasal apa.' Oho, ingat sini.
Nafsu tengok perabot? Cett, mana ada rumah sendiri lagi.
Nafsu tengok biskut? Takpe, mak dah beli. Berlambak kat rumah. Tak baik membazir.

Membazir amalan syaitan. Yela, time raya nanti diorang kan dah dilepaskan balik.


Untuk sebulan ni je kot kita nak 'increase abruptly'kan kita punya amalan.

Bukan maknanya bulan yang lain tak meningkat.

Cuma Allah memang dah bagitau Ramadhan ni satu-satunya bulan untuk beribadah kepada-Nya.

Tarawih, puasa 30 hari direct, bangun sahur, buka puasa.

Pheww, punya la Dia sayang sangat kat hambanya sampai setiap perlakuan or perbuatan kita dikira ibadah.

Ok, stuck.

Selamat meningkatkan amalan ibadat (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya)

Enjoy. I really like THIS.

(kat THIS tu ada video tau)