Tuesday, 4 June 2013

Sahabat ke Jannah






Bismillah..

Tiga minggu dah tak update..
Tapi masih suci dalam debu..
(^_^)V

Sedar ataupun tidak..
Hampir dua tahun, dua tahun kita kenal..
Dari Tamhidi sampai sekarang (baru tahun 1)..
Pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi bersama..
Walaupun datang dari berlainan tempat..
Kita masih setia teguh berdiri bersama menyokong antara satu sama lain..


Wahai teman-teman tersayang..
Dalam setiap perhubungan yang terjalin..
Pasti ada ujian yang akan Allah beri..
Bukan untuk memutuskan ikatan yang sedia terjalin, malahan untuk meningkatkan lagi tahap ukhuwah antara kita..
Sanggupkah kita berdamping dengan rakan kita ketika susah mahupun senang..
Beranikah kita menegur apabila mereka membuat kesalahan..
Kita sedang berada dalam dakapan ukhuwah yang sentiasa didakap oleh Allah melalui rahmatNya..

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..
Kita bersahabat kerana Allah..
Kita bertemu atas kehendak Allah yang mengaturkannya..
Berjumpa di atas landasan ilmu menuju Ilahi..
Perubatan bukan satu bidang yang kita boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa..
Lebih banyak kesukaran, kedukaan dan cabaran..
Teman-teman disekelilinglah yang menjadi tempat meluahkan perasaan, tempat bercerita..
Sungguh bijak Allah merancang strategi untuk setiap hambaNya agar kita tidak kesunyian untuk berjuang..

Untuk bina jambatan hati antara kita, bukan mudah..
Jambatan yang dibina akan menghubungkan kita dengan Allah..
Maka, binalah dengan penuh ketelitian dan perkukuhkanlah dengan tembok keimanan..


Sahabat adalah cermin buat sahabatnya..
Baik dia, maka baiklah kita..
Soleh dia, in syaa Allah soleh jugalah kita..

Sahabat yang disayangi kerana Allah..
Tegurlah aku..
Nasihatlah aku..
Sedarkanlah aku..
Bawalah aku keluar daripada kepompong kealpaan..
Beranikanlah diri untuk menegur aku atas kesalahan yang aku lakukan..
Bawalah aku menuju jalan pulang ke pangkuan Ilahi..
Bimbinglah aku menuju cintaNya..
Pimpinlah aku untuk bersama-sama berjuang membawa Islam..
Agar aku tidak tersasar dalam misi memburu hidayah dan cintaNya yang hakiki..

SAHABAT..
Berjalan, berjuanglah bersama-sama denganku..
Agar kita sama-sama bertemu di syurgaNya..
Ukhuwah ini akan tetap tersimpul mati selamanya..

(berjurai air mata)
Peace be upon you




Sayang kamu semua kerana Allah

9 comments:

  1. Jom menuju Syurga bersama.
    :)
    insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. sayang kamu juga. :)

    tautan hati kerana Ilahi.
    untuk menggapai cinta hakiki.
    insyaAllah.

    <3 <3 <3

    ReplyDelete
  3. smoga kt smua xlena dlm nikmat keselasaan..& saling mnasihati antara satu sama yg lain...xmnggalkn sahabat dlm waktu dia mmrlukan..krn hubungn kt dgn shbt adalh tngungjwb kt dgn Allah..^^*

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah.
      Terima kasih di atas peringatan.

      Delete