Wednesday 21 August 2013

Kegemukan Syawal



Peace be upon you.

Saja nak meng'entry'kan, harap ikatan ukhuwah terjalin selamanya. Tajuk berkata, kegemukan Syawal. Apa benda tu? Ohh. Syawal yang gemuk. Pfffttt. Sorry kalau ada Syawal yang terasa. Hehe.

Saya saja guna perkataan 'Gemuk' disebabkan selama 2 hari beraya menziarahi (nampak lebih sopan. kalau guna beraya rasa macam tujuannya nak kumpul duit raya je) ustaz & ustazah dan rakan-rakan di Segamat, setiap rumah mesti sediakan makanan yang berat sampai kitorang punya berat pun naik. (eh, ye je. bukan timbang pun)
First day kat Segamat, ke rumah rakan-rakan sahaja. Tapi yang still available kat rumah tinggal 4 orang. Maklum la, semua dah balik kampus. Err, kejap. Ni ada kenangan setiap rumah.

Rumah Satu,


Di rumah Husna. Menu : Mee kari, air 100plus



Rumah Dua,



Kat rumah Ida. Menu : nasi putih, ayam masak merah, taugeh goreng, air mangga


Rumah Tiga,



Kat rumah Hanis. Kat sini makan macam-macam sebab kitorang bertiga tumpang bermalam kat sini. So, pelbagai makanan yang dimakan. Mee sup, nasi goreng, nasi putih + telur sambal, tembikai, jambu.


Rumah Empat

Rumah Amiratul. Sorry matul, kat rumah awak takde gambar la. hehe. Kat sini makan sate. Nasib baik ringan sikit.

Then, lepas Asar berjimba kat One Segamat. Saja cuti mata.




Esoknya, Ahad, melawat ustaz & ustazah tersayang.

Rumah Ustaz Ashari,



Kat sini makan nasi impit, rendang, serunding daging. Pergh, dah la baru lepas sarapan.Korang dapat bayangkan tak.

Rumah Ustaz Nazom & Ustazah Zuliana,



(nak letak gambar yang ada ustazah, tapi tak boleh sebab.. korang fikir sendiri la)

Lepas nasi impit, kat rumah yang sangat unik ni, makan nasi lemak pulak. Adehh. Habis program diet aku. Hehe.


Rumah Ustaz Rumaja,

Kat sini takde snap gambar sebab badan dah berat, tak larat nak berposing. Kat sini makan mee sup ada meatball. Memang menyelerakan kalau tengah lapar.


Rumah Ustaz Mohd Nor,



Nasib baik takde makanan berat. Kuih raya je pun dah cukup.


Rumah Ustazah Laileyati,



Kat rumah pagar warna kuning ni, kitorang dijamu makan Kuey teow kung fu. kot. Taktau sebab ustazah pun kata masak main campak je bahannya. Bayangkan, time ni memang time mengantuk yang amat. Sebab nak habiskan rumah biar boleh balik Kluang petang tu. Rupanya....


Rumah Ustazah Dzuliyati,



Okay last. Ini rumah terakhir untuk dilawat. Lagipun dah petang dekat pukul 5. Takde makanan berat pun. Nasib baik sebab kitorang pun dah rasa macam tong.

Kalau setiap rumah nak masak, bilanya nak habis kuih raya yang berbalang-balang tu kan. haha

...rupanya kitorang terlepas bas. tiket kereta api pun habis untuk petang Ahad tu. Yela, dah semua nak balik, confirm la habis cepat kan. Kitorang pun terlupa nak beli awal-awal. Nasib badan la. Malam yang tak plan tu, duk rumah Amiratul, Ustaz Zainal. Habiskan sesi mengenang kembali nostalgia sewaktu di sekolah.

Bila ukhuwah itu terjalin atas nama Allah, kita akan rasa sayang untuk leraikannya.

May Allah bless us ~~

Wednesday 7 August 2013

Aidilfitri 1434 H



Salam Aidilfitri.

Selamat kembali kepada fitrah.

Semoga terus istiqamah dalam beribadat.

Taqabbalallahu minna wa minkum!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR & BATIN.

Ikhlas : Nur Syahirah binti Tumiran :)

Friday 2 August 2013

CikJing & CikBi



Isu sensitif dan kontroversi.

Memandangkan mereka (cikJing & cikBi) yang hanya diciptakan sebagai haiwan yang hidupnya cuma makan, minum, tidur, cari pasangan. Ya. Mereka juga makhluk Allah sama seperti kita yang juga makhluk Allah. Apa yang membezakan kita, manusia, dengan mereka, haiwan?

Kita punya akal. Otak pun ada kat manusia dan haiwan. Akal yang membezakan antara kita. Fikir, muhasabah diri, menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi dan mengatur hidup yang hanya sementara ini secara tersusun.

Berbalik kepada isu menghina agama Islam (kecoh sekarang ni), kesian Cik Jing yang taktau apa-apa, terlibat dalam isu ini. Sama juga macam Cik Bi. Mereka tak bersalah. Tolong (mereka nangis..hehe).

Sekarang nak salahkan siapa? Manusia yang ada akal, boleh berfikir berbanding dengan mereka yang Allah tak beri anugerahkan kat mereka, yang melibatkan makhluk yang tak bersalah dalam isu ini. Kesian kalian, asyik-asyik terlibat dalam perkara yang macam ini. Nak salahkan siapa? Allah yang menciptakan mereka ke? T.T


Cuba lihat isu yang lain yang melibatkan sensitiviti umat Islam.

Berpegangan tangan sesama bukan muhrim. - ok, ni dah biasa nampak.
Berpelukan. Bukan muhrim ye. - biasa je. tak kecoh pon.
Pakai baju tak cukup kain. Nipis. Sendat. - nak kata kurang duit, filem 'box office'. buat filem atau drama pun guna banyak duit. takkan takde bajet nak beli baju tutup aurat.
Adegan 'censored' - takde tindakan mahkamah diambil pun. Astaghfirullah.

Rasa-rasanya 4 isu kat atas ni dah lama berlaku. Tapi kenapa buat taktau je. Pandang sebelah mata je (entah-entah tak pandang pun). Tak ada tindakan yang diambil pun. Oh, mungkin sebab dah biasa kot.

Allah berikan nikmat hidup kat manusia, manusia sendiri yang musnahkan. Takkan sedikit rasa bersyukur tu takde.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman)

Entry ni bukan bermakna saya menyokong tindakan beberapa pihak tersebut. Cuma memberi pandangan yang boleh difikir-fikirkan. Agama Islam bukan gurauan. Bukan juga mainan. Bukan hanya tertulis atas kad pengenalan sahaja.

The world is a dangerous place not because of people who do evil, but because of good people who look on and do nothing about it.
Kita mampu membezakan mana yang benar dan mana yang batil. Hanya manusia yang mampu melakukannya sebab ada AKAL. Apa peranan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini? Hidup ini sengkat je. Mana tau Jumaat depan Allah datangkan kiamat sebab tanda-tandanya sangat banyak. Allahurabbi.

May Allah bless us.