Sunday 19 May 2013

Symbol.



All things happen with many reason. It depend on you how to take something from that.

Bersawang, berhabuk dah..
Lama dah tak menulis..
(ceh, padahal baru 2 minggu)

Idea ada tapi kekangan waktu pulak..
- kalau nak, semua boleh. alasan je lebih. Ini semua poyoo...

Kenapa tiba-tiba mencemar duli malam ni?
Sini nak kongsi-kongsi (bukan filem kongsi tu) sedikit ilmu yang baru dapat lepas SC tadi..
Apa yang boleh disimbolikkan dengan kehidupan kita selama 19 tahun ni..
(notis: saya baru masuk 20 tahun eh)

Mudahkan ayat, kita rasa hidup kita ni sama dengan apa..

Tak pernah pun terfikir nak samakan hidup kita dengan sesuatu di sekeliling kita..
Dapat tak something yang berharga kat situ?
Apa-apa perkara yang berada di sekitar kita, cuba relate dengan kehidupan yang Allah telah tetapkan..
Secara automatik kita mendekatkan diri dengan Allah..

Subhanallah..
Begitu cantik Allah aturkan kehidupan hamba-hambaNya di dunia ini agar kita sentiasa ingat akan Dia..

Mula-mula terfikir kain buruk..erk..
Tapi nak selarikan dengan apa..
Ah, tukar-tukar..
Then, span basuh pinggan..
Tapi rasa kelakar pulak sebab takde alasan munasabah..
Kih kih kih

Tiba-tiba..

Mancis!!

Terus terlintas kat otak..
Kenapa saya pilih mancis?
(macam takde kaitan pun kan)
Ada laa..

Sifat kemarahan dalam diri..
Sebatang mancis tidak akan bertindak apa-apa jika tidak berlaku geseran..
Bebas berkawan dengan sesiapa..
Bebas bergerak dan lakukan apa-apa yang disukai tanpa melibatkan orang sekeliling..
Duduk sama-sama buat aktiviti dengan rakan-rakan..
Ibarat mancis di dalam kotaknya..
Sedangkan di luar kotak terdapat tempat untuk menyalakan api..

Begitu dengan kita..
Kemarahan tidak akan tercetus jikalau tidak berlaku geseran..
Geseran tersebut sama seperti perkara yang berlaku di sekeliling kita..
Yes, I admit that when something happen sampai melepasi tahap kesabaran, api kemarahan akan menyala..
Sebatang mancis terbakar, apabila duduk berdekatan rakan-rakannya, pasti akan membakar mereka juga..

Memang susah untuk kawal kemarahan yang memuncak..
Because of that, I'll try to avoid from people around me..
Taknak sampai orang lain yang kena percikan tersebut..
Sampai ada satu masa air mata akan mengalir sendiri untuk kawal diri dari marah..
Lama-lama api tersebut akan padam sendiri apabila sebatang mancis tersebut habis..

Cuba bayangkan kalau api tersebut duduk bersama-sama dengan mancis yang lain, pasti akan lambat padam sebab akan membakar yang lain juga..

"Orang yang paling kuat adalah orang yang berjaya mengawal kemarahannya"
Peace be upon you.

May Allah bless us.

Actually, post kali ni adalah side diri saya yang orang tak boleh nampak. Hanya diri sendiri yang dapat rasa sebab melibatkan hati.

Sunday 5 May 2013

Omei angat (Comel Sangat)



Dengan nama Allah..

Cuba tengok gambar bawah ni..


My clothes

Mesti korang kata 'pehal dia nak menunjuk ni'..
Takde la, bukan nak tunjuk pun..
Bukannya banyak, tak cantik pulak tu..

Entri kali ni nak cakap, eh cerita, eh silap, nak tulis yang ada kaitan dengan pakaian..

Especially we as a Muslimah..

Say 'NO!' to Tabarruj..

Harap-harap diri sendiri pun berjaga-jaga dalam etika berpakaian mengikut Islam..
Kenapa tiba-tiba kan??

Sebabnya bila dah nak habis tahun (ikut jadual USIM Pandan), mesti ada dinner..
Dinner tu mesti ada tema kan..
Kalau tak ikut tema mesti orang pandang pelik, kan...
So, ceritanya camnie..

Pada zaman dahulu kala..(acece, layan je la)

Kitorang dah nak habis tahun 1 sesi 2012/2013 (skema tak)
Kira-kira sebulan before final exam, ada dinner untuk dental and medical students..
Objektifnya, cliche..
Untuk rapatkan ukhuwah, kenal-kenal antara batch and untuk tunjukkan bakat terendam masing-masing..

Main objective adalah untuk tunjuk siapa punya baju paling mahal, paling cantik, paling vogue mengikut tema yang ditetapkan..
Then, dapat anugerah pakaian paling menarik..
Mesti ada orang nafikan..
(eh, sukati la..ini blog saya..jangan marah)

Kalau tak, mesti semua duk rileks study tanpa fikir nak pakai baju apa..
Pakai je la apa yang ada kat almari tu..

Nafsu pun berkata, 'taknak la, semua dah pernah pakai. nak beli baru.'
Jeng jeng jeng..
Time ni la syaitan semakin kuat menggoda kita..

Antara AKAL dan NAFSU..
Mana yang akan bermaharajalela..
Tips : (ceh, bagi tips pulak..haha)

Kita jadi diri sendiri..
Tak perlu berpura-pura sampai rasa tak selesa time bergaya..
Selama ni tak pernah nak pakai shawl, tiba-tiba buang tebiat nak pakai..
Lastly, kita yang rasa rimas padahal orang lain tak kisah pun kita nak pakai apa..

Ikut kemampuan..
Lebih senang cari baju yang memang kita akan pakai kat tempat lain..
Jubah, baju kurung or blous dengan tudung bawal, tudung akel cukup lah..
Tak perlu dress yang pelik-pelik, belit sana sini, kena pakai cardigan lagi..
Kan menyusahkan diri sendiri jugak..

No Tabarruj..

Jangan sebab nak vogue, pilih baju yang penuh 'lip lap lip lap'..
Tudung or veil sarat dengan labuci yang berkilau-kilau..
Alah, cantik bila kena cahaya lampu je..
Waktu siang takde kelip-kelip pon..
Lagi buat malu je tetiba pakai penuh dengan kilat-kilat waktu siang..

Senang cerita, kalau nak pilih pakaian, pilihlah yang menyenangkan untuk kita..
Jangan makin menyusahkan, contohnya susah nak gosok..
Kan dah buang masa..
(Haish, syaitan ni memang asyik menang je bab ni..
Takpe-takpe, lepas ni kau kalah..haha)

Pakaian yang kita pakai tu boleh tak untuk dibawa dalam solat tanpa telekung..
Tak jarang, tak ketat, tak buka aurat..

Kalau untuk dibawa solat dah pass, cuba fikir time duduk depan cermin tu..
Allah redha tak dengan pakaian aku ni..

Then, kalau dah pass semua tu, tanya kawan kita pula..
Sama ada pakaian kita menarik perhatian atau tak..
Bila dah pass 3 ujian tu, baru boleh keluar tanpa was-was (macam iklan pulak)

Jangan kita menjadi hamba fesyen..
Selarikan fesyen mengikut Islam, jangan Islam mengikut fesyen..

Time dinner nanti mesti variety of fashion yang dipakai..
Tunggu dan lihat sahaja..
(kalau tanya saya nak pakai apa, my answer is jadi diri sendiri..kan senang :D
Dah comel dah tu, kalau pelik-pelik jadi makin buruk pulak..)

BERPAKAIANLAH DENGAN MENGIKUT SYARIAT ALLAH

Peace be upon you.