Friday 2 August 2013

CikJing & CikBi



Isu sensitif dan kontroversi.

Memandangkan mereka (cikJing & cikBi) yang hanya diciptakan sebagai haiwan yang hidupnya cuma makan, minum, tidur, cari pasangan. Ya. Mereka juga makhluk Allah sama seperti kita yang juga makhluk Allah. Apa yang membezakan kita, manusia, dengan mereka, haiwan?

Kita punya akal. Otak pun ada kat manusia dan haiwan. Akal yang membezakan antara kita. Fikir, muhasabah diri, menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi dan mengatur hidup yang hanya sementara ini secara tersusun.

Berbalik kepada isu menghina agama Islam (kecoh sekarang ni), kesian Cik Jing yang taktau apa-apa, terlibat dalam isu ini. Sama juga macam Cik Bi. Mereka tak bersalah. Tolong (mereka nangis..hehe).

Sekarang nak salahkan siapa? Manusia yang ada akal, boleh berfikir berbanding dengan mereka yang Allah tak beri anugerahkan kat mereka, yang melibatkan makhluk yang tak bersalah dalam isu ini. Kesian kalian, asyik-asyik terlibat dalam perkara yang macam ini. Nak salahkan siapa? Allah yang menciptakan mereka ke? T.T


Cuba lihat isu yang lain yang melibatkan sensitiviti umat Islam.

Berpegangan tangan sesama bukan muhrim. - ok, ni dah biasa nampak.
Berpelukan. Bukan muhrim ye. - biasa je. tak kecoh pon.
Pakai baju tak cukup kain. Nipis. Sendat. - nak kata kurang duit, filem 'box office'. buat filem atau drama pun guna banyak duit. takkan takde bajet nak beli baju tutup aurat.
Adegan 'censored' - takde tindakan mahkamah diambil pun. Astaghfirullah.

Rasa-rasanya 4 isu kat atas ni dah lama berlaku. Tapi kenapa buat taktau je. Pandang sebelah mata je (entah-entah tak pandang pun). Tak ada tindakan yang diambil pun. Oh, mungkin sebab dah biasa kot.

Allah berikan nikmat hidup kat manusia, manusia sendiri yang musnahkan. Takkan sedikit rasa bersyukur tu takde.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman)

Entry ni bukan bermakna saya menyokong tindakan beberapa pihak tersebut. Cuma memberi pandangan yang boleh difikir-fikirkan. Agama Islam bukan gurauan. Bukan juga mainan. Bukan hanya tertulis atas kad pengenalan sahaja.

The world is a dangerous place not because of people who do evil, but because of good people who look on and do nothing about it.
Kita mampu membezakan mana yang benar dan mana yang batil. Hanya manusia yang mampu melakukannya sebab ada AKAL. Apa peranan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini? Hidup ini sengkat je. Mana tau Jumaat depan Allah datangkan kiamat sebab tanda-tandanya sangat banyak. Allahurabbi.

May Allah bless us.

2 comments:

  1. bab movie2 tu kite ni tkleh wt pe kaan. tkleh nk bgtau lgsung suh benti. mkin jadik2 je. klo ko pna tgok an, kt astro warna. cte cm karoot komedia. dy blakon live tau. yg tu aku ske gle. sbb wtk laki akn bwk wtk pmpuan. so dlm cte dorg tkde pompuan. haha. mmg terbaikla. dorg slambe je pegang2 tgn. tp tk hrm pun. trbaik gle karoot komedia.

    ReplyDelete