Sunday 19 May 2013

Symbol.



All things happen with many reason. It depend on you how to take something from that.

Bersawang, berhabuk dah..
Lama dah tak menulis..
(ceh, padahal baru 2 minggu)

Idea ada tapi kekangan waktu pulak..
- kalau nak, semua boleh. alasan je lebih. Ini semua poyoo...

Kenapa tiba-tiba mencemar duli malam ni?
Sini nak kongsi-kongsi (bukan filem kongsi tu) sedikit ilmu yang baru dapat lepas SC tadi..
Apa yang boleh disimbolikkan dengan kehidupan kita selama 19 tahun ni..
(notis: saya baru masuk 20 tahun eh)

Mudahkan ayat, kita rasa hidup kita ni sama dengan apa..

Tak pernah pun terfikir nak samakan hidup kita dengan sesuatu di sekeliling kita..
Dapat tak something yang berharga kat situ?
Apa-apa perkara yang berada di sekitar kita, cuba relate dengan kehidupan yang Allah telah tetapkan..
Secara automatik kita mendekatkan diri dengan Allah..

Subhanallah..
Begitu cantik Allah aturkan kehidupan hamba-hambaNya di dunia ini agar kita sentiasa ingat akan Dia..

Mula-mula terfikir kain buruk..erk..
Tapi nak selarikan dengan apa..
Ah, tukar-tukar..
Then, span basuh pinggan..
Tapi rasa kelakar pulak sebab takde alasan munasabah..
Kih kih kih

Tiba-tiba..

Mancis!!

Terus terlintas kat otak..
Kenapa saya pilih mancis?
(macam takde kaitan pun kan)
Ada laa..

Sifat kemarahan dalam diri..
Sebatang mancis tidak akan bertindak apa-apa jika tidak berlaku geseran..
Bebas berkawan dengan sesiapa..
Bebas bergerak dan lakukan apa-apa yang disukai tanpa melibatkan orang sekeliling..
Duduk sama-sama buat aktiviti dengan rakan-rakan..
Ibarat mancis di dalam kotaknya..
Sedangkan di luar kotak terdapat tempat untuk menyalakan api..

Begitu dengan kita..
Kemarahan tidak akan tercetus jikalau tidak berlaku geseran..
Geseran tersebut sama seperti perkara yang berlaku di sekeliling kita..
Yes, I admit that when something happen sampai melepasi tahap kesabaran, api kemarahan akan menyala..
Sebatang mancis terbakar, apabila duduk berdekatan rakan-rakannya, pasti akan membakar mereka juga..

Memang susah untuk kawal kemarahan yang memuncak..
Because of that, I'll try to avoid from people around me..
Taknak sampai orang lain yang kena percikan tersebut..
Sampai ada satu masa air mata akan mengalir sendiri untuk kawal diri dari marah..
Lama-lama api tersebut akan padam sendiri apabila sebatang mancis tersebut habis..

Cuba bayangkan kalau api tersebut duduk bersama-sama dengan mancis yang lain, pasti akan lambat padam sebab akan membakar yang lain juga..

"Orang yang paling kuat adalah orang yang berjaya mengawal kemarahannya"
Peace be upon you.

May Allah bless us.

Actually, post kali ni adalah side diri saya yang orang tak boleh nampak. Hanya diri sendiri yang dapat rasa sebab melibatkan hati.

No comments:

Post a Comment