Friday 29 November 2013

Ada apa dengan Barakah?



Ada apa dengan Barakah
Imam muda Hassan
Exam hall

Apabila dua tambah tiga bukan lima,
Apabila kesempitan bererti keluasan.
Keberkatan dalam setiap pekerjaan

Duit adalah duit semata-mata. Kenyang yang kita dapat, rumah yang kita beli. Semua dari Allah.
Makanan adalah perantara sahaja. Allah yang beri kekenyangan.

Apa itu berkat?
Kita tak nampak, tapi dia ada.
Orang Arab suka guna angka 7. Itu menggambarkan banyaknya bilangan.

Dr Zulkifli AlBakri
Tuan kedai suka belanja anak murid doktor sebab dia seorang ulama'
Rugi itu hukum manusia

Dato Dr Harun Din
Jin tak nak jumpa beliau
Kuliah subuh, beliau hadir. Im Hassan takut untuk beri ceramah.
Beliau jumpa, peluk, doa, ucapan terima kasih.
Tak kira siapa yang beri ilmu, dia hormat.
Kita akan rasa tenang dengan orang yang ada keberkatan.

Prof Muhaya
IM Hassan beri ceramah, beliau tulis ilmu yang diberi, ucap terima kasih.
Rawatan lasik percuma kepada ustaz-ustaz.
Kita bagi banyak, lagi banyak kita dapat.

Cara untuk mendapatkan keberkatan:
1
Surah Maryam : 96
Orang yang beriman dan beramal soleh
Untuk jadi orang yang bahagia di sisi Allah, hendaklah beriman dan beramal soleh
Allah guna perkataan kasih sayang dan cinta
Mawaddah dan Mahabbah
Mawaddah-perasaan sayang datang dari Allah dengan syarat beriman dan beramal soleh
Mahabbah-perasaan sayang dan bahagia disertakan dengan unsur syahwat, campur dengan dunia dan nafsu

Surah Ali Imran : 14
Diperindahkan hidup manusia dengan perasaan suka ; anak-anak, harta, haiwan ternakan
Ada orang yang berharta, kaya tetapi tak mencukupi
Ada orang yang bersederhana, tetapi hidup mencukupi
Keberkatan dalam rezeki

2
Dalam perkara yang kita buat, apa yang kita letakkan yang paling atas
Adakah Allah yang kita letakkan no 1?
Berjaya kerana Allah, bukan kerana makhluk Allah
Kaya itu usaha, bagi kaya itu Allah
Nak letak Allah di atas, macam mana?
Usaha, yakin

Tanda-tanda ikhlas:
1. Bila dikeji atau dipuji, dia tidak merasa apa-apa
2. Kita tak mengungkit perkara baik yang dilakukan
3. Kita tak mengharapkan balasan dari sesiapa, tetapi mengharapkan balasan dari Allah

Tanda-tanda keberkatan:
Isteri solehah
Suami soleh
Hidup bahagia
Orang sekeliling sayang
Anak-anak berjaya
Zuhud pada dunia. Kamu letakkan apa yang kamu ada itu sedikit sahaja, semua adalah hak Allah.

Adakah sifat lupa merupakan tanda hilang berkat dalam tuntut ilmu?
Mungkin tidak kerana sifat lupa adalah sifat manusia.
Perawi hadis pun kadang-kala terlupa walaupun sedikit.
Disebabkan pemakanan dari sumber haram, hilang berkat yang menyebabkan lupa.

Istidraj- nikmat yang dapat tapi bukan nikmat sebenar, itu adalah ujian.
Bagaimana nak tahu?
Jangan tanya pada orang tu sama ada dia baik atau tak.
Tengok pada kawan-kawan dia.
Selalu adakan usrah, dikelilingi kawan yang baik, sentiasa ingat mati.

Amalan yang dilakukan untuk dapat nikmat?
Perlu sentiasa menggunakan pandangan hati.
Pandangan mata selalu menipu. Guna mata dalam hidup, pasti tak selamat.
Pandangan hati akan mendekatkan diri kepada Allah.
Belajar guna hati.
Walaupun buat baik, tetapi semakin jauh dengan Allah. Mungkin istidraj.
Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa.

Saja copy paste dari notes. Baru ori.

May Allah bless us.

No comments:

Post a Comment