Monday 22 July 2013

Ahli Baru



Siapa nak jadi ahli, sila isi borang dulu. Letak nama, berapa juzuk dalam hati. Err... Takde la, gurau saja. :)

Tersebutlah kisah seorang puteri kayangan..

Pergh, cerita nak indah saja.

Kisahnya begini.

Lepas Isyak tadi (abaikan apa yang terlintas kat kepala kalian tu), my mom's friend (our neighbor actually) came to my house. Tujuannya, biasa la dah dekat raya ni, apalagi, hantar baju raya untuk dijahit by my mom. I joined them (saja menyibuk). Atas lantai penuh dengan kain yang dah siap dipotong, cuma tinggal nak dicantum je.

Ada satu jenis kain yang menarik perhatian mata saya. Corak pun lawa kot (biasa la perempuan kan ada 9 nafsu. Tu salah satunya). Kami bercerita la tentang hikayat 1001 malam kain tu. Harga kalau beli borong dengan beli runcit (err, istilah ni kalian faham sendiri sudah la) beza banyak mana.

Then, tercetusnya conversation (it's spontaneous),

Mom : "Kalau nak beli kain macam ni (kain yang diceritakan di atas), rugi je. Dari dulu sampai sekarang keluarga tak berkembang (tiada kaitan dengan saiz badan)."

Mom's friend : "Kalau untuk majlis kahwin boleh la nak beli. Sabar la, tak lama lagi ada tu (to my mom). Ha along (majority people called me along), ibu dah bagi hint tu suruh tambah ahli keluarga baru (to me)."

Me : Erk! (Speechless...)

P/S : Harga kain tu mahal. Kalau nak murah, kena beli banyak.

(Saje nak tulis kat blog. Kalau update fb, ramai yang baca. Malu kot..)

Selamat bangun sahur. :)

1 comment: