Tuesday 24 September 2013

Buah Hati


(entry ni ditulis pada hari sabtu. cuma baru post hari ni)

Setengah jam, eh jap.
Bukan. 40 minit.

Lamanya. Biasa la. Bersembang dengan buah hati kat telefon, mesti kena lama sebab harini (sabtu) cuti. Kalau hari ada kelas tu, susah sikit nak berbual lama-lama.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal berapa lama masa yang digunakan tapi apa content luahan dari hati ke hati tu. Gituu..

Typical question. Standard la. 'Buat apa.' 'Yang lain sihat.' Typical Malaysian time nak start conversation. Kan. Not directly to the point sebab memang takde point penting pun. Sesaja nak call bila hati dah rindu.

Pheww. Jiwang sungguh.

Soalan dari si dia yang biasa pasti akan tanya pasal study. Sebelum tu, mesti soalan 'Kat mana ni?' sebab biasa la, kalau keluar jalan-jalan tu, bila dah balik rumah baru bagitau yang tadinya keluar pergi somewhere. Tak senonoh betul perangai.

Then, bila jawab kat rumah, next mesti 'Tengah buat apa?'. Membaca buku kalau Physio, buat notes kalau Biochem, baca lec notes kalau Anat, discussion kalau Arab. Cliche..

Tiba-tiba tadi tercerita pasal 'give up'. Pernah tak rasa give up masuk Medic. Rasanya hampir semua orang yang ditanya pasti akan menjawab 'Yes'. But, kita dah separuh jalan dan yang paling tragik dah tak boleh langsung nak berpatah balik walaupun sedikit. Tak boleh nafikan yang sudah rasa sedikit kesakitan dalam menyusur arus in Medical School. Allah never promise that life would be easy, but He promise to go with you in every step of your life, with Him by your side. Keep your effort and pray.

Dia tanya 'Habis tu, pernah rasa nak give up ke?'. Rasa tu pernah masa mula-mula masuk tapi sekarang tak rasa sebab Allah dah tentukan jalan hidup kat sini. So, sekarang ni tinggal nak usaha sehabis baik je la.

Next, I talk about 'rezeki'. Mungkin Allah belum izinkan rezeki untuk merasai kejayaan pada permulaan perjalanan tapi mana tahu di penghujungnya kita berjaya atas izin Allah. Bukan semua akan merasa ujian yang sama. Depends on that person bentuk ujian yang akan diterima. Ada je orang yang bijak tapi selagi Allah tak benarkan dia mendapat kejayaan, dia tetap takkan berjaya. Tapi tak bermakna tak berjaya selamanya. Rezeki kita Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi.

Woah. Cam tak caya je boleh bagi pengisian yang bermakna camni ha.

Tapi, takkan 40 minit cakap ni je.

Ada lagi. Takkan cakap pasal ni je kan. Mesti la ada tanya pasal family juga. Tak penting pun nak cerita kat sini.

Suddenly.. krik krik krik

I realize that my cheeks already mess up with traces of tears. Just a sentence.

Dia lebih rela saya merasai kejayaan pada akhir perjalanan. Time hari exam, every morning dia akan bacakan Yassin supaya dipermudahkan untuk menjawab soalan. Habis exam, doakan supaya pemeriksa jawapan lembut hati. Dapat result, dia sedekahkan Al-Fatihah untuk semua pemeriksa jawapan yang baginya hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Oh ya Allah. Seriously tak sangka yang dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan diri aku. Hebatnya kasih sayang yang diberikan. Tiada tandingan dengan yang lain.

Besarnya nikmat yang Kau berikan padaku ya Allah. Mungkin kita kecewa disebabkan kegagalan dalam exam dan susah untuk redhakan hati. Tapi, cuba muhasabah diri, memerhati sekeliling, betapa sangat banyak nikmat lain yang kita perolehi. Hidup selesa, makan sedap, ada ibu bapa dan sangat banyak sampai tak mampu nak tulis. Mampu menulis ni pun satu nikmat jugak.

Hebatnya kuasa cinta.
Mampu mengubah dan menggoncang dunia.
Ya, dialah buah hati saya selamanya.
Seriously, I LOVE YOU.

IBU.

Oh ya. Tak lupa juga untuk abah dan adik-adik.

May Allah bless us.

(Lama tak berblog. Dah ada labah-labah bina rumah. keh keh keh)

1 comment: