Saturday 15 June 2013

Nescafe.



(entry kali ini agak santai berbanding yang lepas)

Basahkan bibir dengan selawat..

Say 'Alhamdulillah'..

Senyum :D

Kan sweet camtu..

Baru boleh baca..hehe


Orang sibuk tungkus-lumus study..

Fenomena biasa that we can see kalau dah dekat exam..

Saya?

Sibuk update blog..

Ehhh..


Bukan makna saya tak study..

Study is the first, then kalau dah penat berhenti kejap..

Haa, time tu la saya duk sibuk perah otak untuk tulis entry ini..

Acece..


Time nak dekat exam, biasanya Allah akan uji..

Dari semua segi especially emosi dan hati..kan..
Hati tak tenang emosi tak stabil..

Tanda syaitan sedang goda hati dan rasa berkecamuk..

Apa sebab?

Sebabnya busy study sampai hubungan kita dengan Allah terganggu..

'Stress adalah satu tanda bahawa hubungan kita dengan Allah sedikit terganggu'

So, kalau study tu jangan sampai melewatkan solat..

Jangan lupa baca Al-Quran..


Mesti korang pun rasa apa yang saya rasa..

Tiba-tiba jadual exam bertukar..

Subject core pulak tu..

Tak start study lagi..

Then, Allah beri ujian emosi..
Siapa yang tahan kan..

Hanya Allah saja yang tahu perasaan ini..


Kata-kata sahabat yang disayangi :

'Pernah Allah berikan rasa bahagia. Tapi apabila bahagia itu ditarik, ketenangan yang diganti, Indeed, rasa TENANG ini lebih aku suka daripada bahagia itu.'

Yes, I agree with her..

Maybe because she feels the same thing like me..

Takyah cerita la, nanti panjang berjela pulak..

Boring..

Eh kejap. Kenapa mcam takde kait pun dengan tajuk. Hehe. Alah, mesti korang dah dapat agak punya kan..

Time nak exam adalah time nak cover semua chapters..

Kalau tak camna nak jawab..

Mata ni degil sikit, baca physiology je CONFIRM ngantuk..

Untunglah dah belajar pasal neuron..
Boleh apply..

Jadinya, nak overcome masalah asyik ngantuk ni, minumlah

NESCAFE!!
(bukan nak promote eh)

Pelbagaikan cara dan rasa..

Tambah coklat jadi Neslo pastu cicah biskut Wholemeal Jacob's..
Minum gitu je pon okay jugak..
Tak pun cicah roti..
Keh keh keh..

Tapi jangan selalu sangat sampai ketagih (macam dadah pulak..hish)
Tak elok untuk kesihatan..
(pesanan penaja dari Kementerian Kesihatan Malaysia)

Sehari sekali dah cukup..
Haha..

Habis je reaction caffeine kat dalam sistem badan ni, confirm penat and ngantuk pulak..
Tidur je la sebab otak pun dah penat..
Nak kena servis jugak..

Dah, STOP!!

Nanti melencong ke lain pulak..

Selamat study!

Selamat berjuang!

Selamat menjawab exam!

Selamat menjaga kesihatan!




Doakan kejayaan bersama..
Bantu diri untuk bantu orang lain pasti Allah akan bantu kita..
Kita berada di medan perjuangan menempuh peperangan..

BERJAYA atau GAGAL??!!

Jawapan ada pada diri sendiri..

Wassalam :)

(Kalau rasa tak santai, sorry la. Tapi korang dah habis baca pun. Kira ok la tu. Haha)

1 comment:

  1. Uhuk3!
    Tersedak2 baca entry ni.
    Haha.
    Selamat study Syira ;)

    ReplyDelete