Thursday 11 April 2013

Let's Travel!!


Peace be upon you.


Berlegar-legar di minda..
Pusing sana, pusing sini..
Nasib baik tak langgar orang lain (eh, dah mengarut nie)..

Sejak cuti yang baru seminggu 5 hari berada di rumah, rasa dah tak teratur jadual hidup..
Ya Allah, hambaMu ini telah lalai..
Lalai dalam menggunakan nikmat yang Kau kurniakan kepadaku dengan sebaiknya..
Astaghfirullah..

Berkenaan dengan tajuk kali ini....eh jap..artikel ni siap dulu baru dapat tajuk..hehe..
Biasa la, idea dan maklumat datang sesudah selesai fardhu Isyak..

Terbit persoalan ini setelah meng'stalk' blog orang..hehe..

Apa significant kalau kita nak betul-betul kenal seseorang, kita kena travel dulu dengan dia baru kita tau dia macam mana??

Then, minta pendapat rakan-rakan yang lain..

Dan ini antara jawapan mereka :

AIMI SYAIRAH
pendapat kite, sebab manusia ni, mostly tak zahirkan perangai yg sebenar2nya kalu just kenal surface2 ni. bukannya tak nak ke, saje nak sorok perangai ke, cume, ye lah, takde pape yg perlukan dorg behave perangai asal. time kita bermusafir dgn mereka, makan n tidur ngan mereka baru nampak yg realitinya. sbb time2 tu, mereka akan act naturally, beyond their control dan kite boleh tengok lah dorg ni camne. ada org tak control pon, tapi contohnya, dorg ni baran, situasi biasa2, cam tade pape yg perlu atau nak dimarahkan, bila dah duk seharian ngan dorg, buat macam2 benda, baru taw tahap kesabaran dia ni camne2 ke. ad org caring, tapi dalam situasi biasa2, contohnya kalu da ramai org yg caring, xkan dia nak tunjuk sgt as if dia sorg je yg care, tanak kasi org len can nak care skali.. sebab org ni macam2 ragam, kadang2 tak boleh diteka perangai mereka ni camne.
macam syira lah..hehe, org yg tak kenal betul mungkin nampak syira ni garang ke, laser ke... tapi bila dah lama skali , taw lah prangai camne

IMRAN LUTFI

Wslm, yg plg signifikan cthnya klu ko spend masa 24/7 dgn ssorg agak2 ko bole nk blakon spnjg masa tu dgn org tu ke?? Hehe.. bila travel/musafir tu mcm2 prkara akn diuji,semuanya bekait dgn kesabaran.. lain2 tu ko kne rasa sndri br ko leh fhm hehe.

yg pntg, the keyword is patience,tolerance n truthfulness.. sbb tu kawen is the longest musafir with ur partner, u get to know each other every day

AMMAR HASLAN

bagi aku
travel tu mesti by group en?
tak semestinya nak kena travel
kalau skrg ni zmn moden
nak kenal tu tgk la fb dia.ape yg die selalu post
ape die selalu buat
kalau 1 course.maybe lg sng nampak.boleh tgk perangai dia mcmne

QIQISA MALIKATULYAMAN

sometimes kte rse kte knl org tu. tp ble kte travel dgn dye, ad waktu senang, ad waktu susah. so mse tu kte akn lbh knl hati budi dye cmne. ap dye wt klu tyme susa. adekah dye akn put him/herself first or adakah dye willing utk bersame2 susah dgn sume. briefly cmtula contohnye.


RAZIF FUAD
mana2 org pun secara fitrahnya akan mengakui, adik beradiknya sendiri lebih kenal dirinya berbanding kawan2. x logik kawan2 lebih kenal peribadi seseorang berbanding adik beradiknya sndiri. mcm tu juga signifikan kena keluar travel baru tau seseorang mcm mana...tidur sekali, makan sekali dalam satu tempoh masa. purata berjumpa kawan mungkin hanya beberapa jam dalam sehari/berapa bulan dalam setahun. masih x boleh melebihi masa seseorang bersama keluarga..

bila travel, masa bersama lebih lama. tidurnya, makannya, kehidupan sehariannya, semua itu kita akan nampak dengan lebih jelas bila keluar travel

x percaya, cubalah

kesimpulannya ini

"bila travel, masa bersama lebih lama. tidurnya, makannya, kehidupan sehariannya, semua itu kita akan nampak dengan lebih jelas bila keluar travel"

AINI AMALINA
wslm..nk knal btul sesorg?depens on org tu jgk,kdg2 ambil masa lama sbb dia x bkk hati dia utk kt..tp kt kna try bkk pintu hatinya utk kt,br kt blh btul2 knal dia..

bila dia dh bkk hati dia utk kt,smua mslh n memory dia akn share dgn kt..


IZZAT HAFIZUDDIN

Bagi aku...kalau kita travel ngan seseorang...time travel tu akan bnyak dugaan...senang susah..dan peribadi seseorang akan teruji bila masalah berlaku..time 2 lah kita dapat kenal peribadi seseorang tu mcm mana..sebab kalau kita lihat seseorang tu tanpa kita lalui kesusahan sama2..kadang apa yg kita lihat dari seseorang tu mgkn lakonan semata mata...my opinion lah..


Yes, betullah tu pendapat mereka..
Now, pendapat sendiri pula..
Pendek je..

Pandai tak dia menggunakan kelebihan yang Allah beri sebagai umat Islam..rukhsah solat terutama Qasar dan Jamak..pandai tak dia menguruskan diri, kewangan..senang kata berjimat-cermat..

So, kalau kita nak tahu kawan kita macam mana, ajaklah dia travel ke mana-mana..
Tak kisahlah jauh or dekat..
Ambil iktibar, ambil pengajaran..
Learn something from him/her..
Tunjukkan jalan kalau tersilap..
Both of us can get everything from travelling..

Berukhuwah Lilahi Ta'ala..
In syaa Allah bahagia dunia akhirat..

Wallahualam..
*baru dapat tajuk..hehe

No comments:

Post a Comment