Sunday, 29 September 2013

Nuclear Agency



(actually ni assignment untuk english)
First thing that you think after you read this topic. What is it? Fukushima, Hiroshima and Nagasaki. Yes, nuclear bomb in Japan.
Another things? No. Okay.




Now, I want to open your mind widely what is nuclear.
On 20 September 2013, our batch were going to Agensi Nuklear Malaysia located at Bangi about a half an hour from our campus in Pandan Indah, Ampang. 2 buses and 77 medical students with 2 lecturers and of course 2 bus drivers arrived there in 8.30 a.m.
These visit actually a replacement program for our English Getaway on that day.

Okay, then.

I continue with the contents of our visit.




Here, my friends excited listen for the lecture. We were given 2 lectures where the contents was about nuclear. What they had done to our country for the sake of our lives.

Especially in medical field, they made many researches on how to treat cancer, tumor or any dangerous diseases from nuclear so that Malaysian can improve their quality life.

That all about it.


Next session.



We were divided into 2 groups and to make it easy, we are separated according to which bus that we came. One group to SINAGAMA and another one was ALURTRON.


SINAGAMA group

Sinagama is gamma ray. To make it short, our things like foods, medical equipments must undergo Sinagama to remove the bacteria or viruses that can cause infection after we used it. Brief short from nuclear official about how Sinagama was conducted.



ALURTRON group

I don't know what Alurtron is because one group for one place.

Conclusion, Agensi Nuklear Malaysia is the suitable place for any visitor especially secondary students and graduate students from any school and any university to open their mind about nuclear and its advantages in our daily life.





Thank you.

May Allah bless us.




Liver vs Heart



What I want to explain here? It's about liver. Oh, nope. It's heart.
Eh, jap. Kalau translate Melayu nak cerita pasal hati. Tapi..

Hati = Liver
Jantung = Heart
Potong liver, potong jantung, jadilah Hati = Heart.

Whatever la. Mana-mana yang sesuai dan kena maksudnya.

Cerita pasal ni memang takkan pernah habis. Akan habis time dah mati nanti. Ok, sekarang masih hidup. Kena cerita. Perkongsian yang sangat bermanfaat.

Pendekkan cerita. Orang nampak luaran kita sangat sempurna dengan tudung labuh, baju longgar menutup aurat, berstokin. Tapi, hati kita siapa yang tahu? Hanya Allah sahaja.

Hati kita, hanya kita yang tahu. Kadang-kadang hati ni selalu berkata yang tak baik. Susah untuk ber'husnuzzon'. Kalau serendah-rendah ukhuwah kita tak mampu lakukan, macam mana nak berukhuwah di peringkat yang tertinggi. Untuk menjaga sekeping hati agar sentiasa terpelihara, sungguh! SANGAT SUSAH!

Didiklah hati dengan sentiasa berzikir. Cakap senang. Praktikalnya? Bukan semudah berkata-kata.

Istighfarlah. Itu sudah memadai.

Sahabat bercerita. Kami mempunyai perasaan yang sama. Yes, perkongsian yang membawa keberuntungan.

Tanda-tanda hati mati. Boleh dikenali melalui;
  • solat 
  • al-quran 

Jikalau dikesan sudah tidak berfungsi, maka berdoalah supaya diberi hati yang baru.

Susahnya untuk menjaga hati. Untuk berceria penuh, tak mampu untuk ditukarkan dalam tulisan.

May Allah ease.

Tuesday, 24 September 2013

Buah Hati


(entry ni ditulis pada hari sabtu. cuma baru post hari ni)

Setengah jam, eh jap.
Bukan. 40 minit.

Lamanya. Biasa la. Bersembang dengan buah hati kat telefon, mesti kena lama sebab harini (sabtu) cuti. Kalau hari ada kelas tu, susah sikit nak berbual lama-lama.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal berapa lama masa yang digunakan tapi apa content luahan dari hati ke hati tu. Gituu..

Typical question. Standard la. 'Buat apa.' 'Yang lain sihat.' Typical Malaysian time nak start conversation. Kan. Not directly to the point sebab memang takde point penting pun. Sesaja nak call bila hati dah rindu.

Pheww. Jiwang sungguh.

Soalan dari si dia yang biasa pasti akan tanya pasal study. Sebelum tu, mesti soalan 'Kat mana ni?' sebab biasa la, kalau keluar jalan-jalan tu, bila dah balik rumah baru bagitau yang tadinya keluar pergi somewhere. Tak senonoh betul perangai.

Then, bila jawab kat rumah, next mesti 'Tengah buat apa?'. Membaca buku kalau Physio, buat notes kalau Biochem, baca lec notes kalau Anat, discussion kalau Arab. Cliche..

Tiba-tiba tadi tercerita pasal 'give up'. Pernah tak rasa give up masuk Medic. Rasanya hampir semua orang yang ditanya pasti akan menjawab 'Yes'. But, kita dah separuh jalan dan yang paling tragik dah tak boleh langsung nak berpatah balik walaupun sedikit. Tak boleh nafikan yang sudah rasa sedikit kesakitan dalam menyusur arus in Medical School. Allah never promise that life would be easy, but He promise to go with you in every step of your life, with Him by your side. Keep your effort and pray.

Dia tanya 'Habis tu, pernah rasa nak give up ke?'. Rasa tu pernah masa mula-mula masuk tapi sekarang tak rasa sebab Allah dah tentukan jalan hidup kat sini. So, sekarang ni tinggal nak usaha sehabis baik je la.

Next, I talk about 'rezeki'. Mungkin Allah belum izinkan rezeki untuk merasai kejayaan pada permulaan perjalanan tapi mana tahu di penghujungnya kita berjaya atas izin Allah. Bukan semua akan merasa ujian yang sama. Depends on that person bentuk ujian yang akan diterima. Ada je orang yang bijak tapi selagi Allah tak benarkan dia mendapat kejayaan, dia tetap takkan berjaya. Tapi tak bermakna tak berjaya selamanya. Rezeki kita Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi.

Woah. Cam tak caya je boleh bagi pengisian yang bermakna camni ha.

Tapi, takkan 40 minit cakap ni je.

Ada lagi. Takkan cakap pasal ni je kan. Mesti la ada tanya pasal family juga. Tak penting pun nak cerita kat sini.

Suddenly.. krik krik krik

I realize that my cheeks already mess up with traces of tears. Just a sentence.

Dia lebih rela saya merasai kejayaan pada akhir perjalanan. Time hari exam, every morning dia akan bacakan Yassin supaya dipermudahkan untuk menjawab soalan. Habis exam, doakan supaya pemeriksa jawapan lembut hati. Dapat result, dia sedekahkan Al-Fatihah untuk semua pemeriksa jawapan yang baginya hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Oh ya Allah. Seriously tak sangka yang dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan diri aku. Hebatnya kasih sayang yang diberikan. Tiada tandingan dengan yang lain.

Besarnya nikmat yang Kau berikan padaku ya Allah. Mungkin kita kecewa disebabkan kegagalan dalam exam dan susah untuk redhakan hati. Tapi, cuba muhasabah diri, memerhati sekeliling, betapa sangat banyak nikmat lain yang kita perolehi. Hidup selesa, makan sedap, ada ibu bapa dan sangat banyak sampai tak mampu nak tulis. Mampu menulis ni pun satu nikmat jugak.

Hebatnya kuasa cinta.
Mampu mengubah dan menggoncang dunia.
Ya, dialah buah hati saya selamanya.
Seriously, I LOVE YOU.

IBU.

Oh ya. Tak lupa juga untuk abah dan adik-adik.

May Allah bless us.

(Lama tak berblog. Dah ada labah-labah bina rumah. keh keh keh)

Monday, 23 September 2013

Ik Houd Van U



Fuh fuh ~~

Mak aih, penuh berhabuk.

Hampir sebulan tak beronline. Blog pun tak diupdate jugak.

Apa kait dengan tajuk? Haha.

Cari sendiri maksudnya.

Cuma nak beritahu, tadi baru pasang Unifi.

Ceh.. Tu pun nak bagitahu ke..

Eh, biarlah. Yang pergi baca buat apa.

Lalalala..
.
.
.
.
.
.
.
.
Dah jumpa maksudnya?

Tu la nama Unifi kitorang. Hehe.

Tapi password, sorry. Mana boleh bagitau.

Dah. Cuma nak halau dan buang labah-labah, semut dalam ni.
Kan dah ada singa dan katak tolong jagakan.
Binatang besar-besar tak berani datang.
Serangga je ada ni ha.

Ok.

May Allah bless us.

Desparate habis sampai nak kena tulis kat blog :)

Aha.. Ada telefon rumah juga.

Wednesday, 21 August 2013

Kegemukan Syawal



Peace be upon you.

Saja nak meng'entry'kan, harap ikatan ukhuwah terjalin selamanya. Tajuk berkata, kegemukan Syawal. Apa benda tu? Ohh. Syawal yang gemuk. Pfffttt. Sorry kalau ada Syawal yang terasa. Hehe.

Saya saja guna perkataan 'Gemuk' disebabkan selama 2 hari beraya menziarahi (nampak lebih sopan. kalau guna beraya rasa macam tujuannya nak kumpul duit raya je) ustaz & ustazah dan rakan-rakan di Segamat, setiap rumah mesti sediakan makanan yang berat sampai kitorang punya berat pun naik. (eh, ye je. bukan timbang pun)
First day kat Segamat, ke rumah rakan-rakan sahaja. Tapi yang still available kat rumah tinggal 4 orang. Maklum la, semua dah balik kampus. Err, kejap. Ni ada kenangan setiap rumah.

Rumah Satu,


Di rumah Husna. Menu : Mee kari, air 100plus



Rumah Dua,



Kat rumah Ida. Menu : nasi putih, ayam masak merah, taugeh goreng, air mangga


Rumah Tiga,



Kat rumah Hanis. Kat sini makan macam-macam sebab kitorang bertiga tumpang bermalam kat sini. So, pelbagai makanan yang dimakan. Mee sup, nasi goreng, nasi putih + telur sambal, tembikai, jambu.


Rumah Empat

Rumah Amiratul. Sorry matul, kat rumah awak takde gambar la. hehe. Kat sini makan sate. Nasib baik ringan sikit.

Then, lepas Asar berjimba kat One Segamat. Saja cuti mata.




Esoknya, Ahad, melawat ustaz & ustazah tersayang.

Rumah Ustaz Ashari,



Kat sini makan nasi impit, rendang, serunding daging. Pergh, dah la baru lepas sarapan.Korang dapat bayangkan tak.

Rumah Ustaz Nazom & Ustazah Zuliana,



(nak letak gambar yang ada ustazah, tapi tak boleh sebab.. korang fikir sendiri la)

Lepas nasi impit, kat rumah yang sangat unik ni, makan nasi lemak pulak. Adehh. Habis program diet aku. Hehe.


Rumah Ustaz Rumaja,

Kat sini takde snap gambar sebab badan dah berat, tak larat nak berposing. Kat sini makan mee sup ada meatball. Memang menyelerakan kalau tengah lapar.


Rumah Ustaz Mohd Nor,



Nasib baik takde makanan berat. Kuih raya je pun dah cukup.


Rumah Ustazah Laileyati,



Kat rumah pagar warna kuning ni, kitorang dijamu makan Kuey teow kung fu. kot. Taktau sebab ustazah pun kata masak main campak je bahannya. Bayangkan, time ni memang time mengantuk yang amat. Sebab nak habiskan rumah biar boleh balik Kluang petang tu. Rupanya....


Rumah Ustazah Dzuliyati,



Okay last. Ini rumah terakhir untuk dilawat. Lagipun dah petang dekat pukul 5. Takde makanan berat pun. Nasib baik sebab kitorang pun dah rasa macam tong.

Kalau setiap rumah nak masak, bilanya nak habis kuih raya yang berbalang-balang tu kan. haha

...rupanya kitorang terlepas bas. tiket kereta api pun habis untuk petang Ahad tu. Yela, dah semua nak balik, confirm la habis cepat kan. Kitorang pun terlupa nak beli awal-awal. Nasib badan la. Malam yang tak plan tu, duk rumah Amiratul, Ustaz Zainal. Habiskan sesi mengenang kembali nostalgia sewaktu di sekolah.

Bila ukhuwah itu terjalin atas nama Allah, kita akan rasa sayang untuk leraikannya.

May Allah bless us ~~

Wednesday, 7 August 2013

Aidilfitri 1434 H



Salam Aidilfitri.

Selamat kembali kepada fitrah.

Semoga terus istiqamah dalam beribadat.

Taqabbalallahu minna wa minkum!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

MAAF ZAHIR & BATIN.

Ikhlas : Nur Syahirah binti Tumiran :)

Friday, 2 August 2013

CikJing & CikBi



Isu sensitif dan kontroversi.

Memandangkan mereka (cikJing & cikBi) yang hanya diciptakan sebagai haiwan yang hidupnya cuma makan, minum, tidur, cari pasangan. Ya. Mereka juga makhluk Allah sama seperti kita yang juga makhluk Allah. Apa yang membezakan kita, manusia, dengan mereka, haiwan?

Kita punya akal. Otak pun ada kat manusia dan haiwan. Akal yang membezakan antara kita. Fikir, muhasabah diri, menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi dan mengatur hidup yang hanya sementara ini secara tersusun.

Berbalik kepada isu menghina agama Islam (kecoh sekarang ni), kesian Cik Jing yang taktau apa-apa, terlibat dalam isu ini. Sama juga macam Cik Bi. Mereka tak bersalah. Tolong (mereka nangis..hehe).

Sekarang nak salahkan siapa? Manusia yang ada akal, boleh berfikir berbanding dengan mereka yang Allah tak beri anugerahkan kat mereka, yang melibatkan makhluk yang tak bersalah dalam isu ini. Kesian kalian, asyik-asyik terlibat dalam perkara yang macam ini. Nak salahkan siapa? Allah yang menciptakan mereka ke? T.T


Cuba lihat isu yang lain yang melibatkan sensitiviti umat Islam.

Berpegangan tangan sesama bukan muhrim. - ok, ni dah biasa nampak.
Berpelukan. Bukan muhrim ye. - biasa je. tak kecoh pon.
Pakai baju tak cukup kain. Nipis. Sendat. - nak kata kurang duit, filem 'box office'. buat filem atau drama pun guna banyak duit. takkan takde bajet nak beli baju tutup aurat.
Adegan 'censored' - takde tindakan mahkamah diambil pun. Astaghfirullah.

Rasa-rasanya 4 isu kat atas ni dah lama berlaku. Tapi kenapa buat taktau je. Pandang sebelah mata je (entah-entah tak pandang pun). Tak ada tindakan yang diambil pun. Oh, mungkin sebab dah biasa kot.

Allah berikan nikmat hidup kat manusia, manusia sendiri yang musnahkan. Takkan sedikit rasa bersyukur tu takde.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman)

Entry ni bukan bermakna saya menyokong tindakan beberapa pihak tersebut. Cuma memberi pandangan yang boleh difikir-fikirkan. Agama Islam bukan gurauan. Bukan juga mainan. Bukan hanya tertulis atas kad pengenalan sahaja.

The world is a dangerous place not because of people who do evil, but because of good people who look on and do nothing about it.
Kita mampu membezakan mana yang benar dan mana yang batil. Hanya manusia yang mampu melakukannya sebab ada AKAL. Apa peranan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini? Hidup ini sengkat je. Mana tau Jumaat depan Allah datangkan kiamat sebab tanda-tandanya sangat banyak. Allahurabbi.

May Allah bless us.