Saturday, 15 June 2013

Nescafe.



(entry kali ini agak santai berbanding yang lepas)

Basahkan bibir dengan selawat..

Say 'Alhamdulillah'..

Senyum :D

Kan sweet camtu..

Baru boleh baca..hehe


Orang sibuk tungkus-lumus study..

Fenomena biasa that we can see kalau dah dekat exam..

Saya?

Sibuk update blog..

Ehhh..


Bukan makna saya tak study..

Study is the first, then kalau dah penat berhenti kejap..

Haa, time tu la saya duk sibuk perah otak untuk tulis entry ini..

Acece..


Time nak dekat exam, biasanya Allah akan uji..

Dari semua segi especially emosi dan hati..kan..
Hati tak tenang emosi tak stabil..

Tanda syaitan sedang goda hati dan rasa berkecamuk..

Apa sebab?

Sebabnya busy study sampai hubungan kita dengan Allah terganggu..

'Stress adalah satu tanda bahawa hubungan kita dengan Allah sedikit terganggu'

So, kalau study tu jangan sampai melewatkan solat..

Jangan lupa baca Al-Quran..


Mesti korang pun rasa apa yang saya rasa..

Tiba-tiba jadual exam bertukar..

Subject core pulak tu..

Tak start study lagi..

Then, Allah beri ujian emosi..
Siapa yang tahan kan..

Hanya Allah saja yang tahu perasaan ini..


Kata-kata sahabat yang disayangi :

'Pernah Allah berikan rasa bahagia. Tapi apabila bahagia itu ditarik, ketenangan yang diganti, Indeed, rasa TENANG ini lebih aku suka daripada bahagia itu.'

Yes, I agree with her..

Maybe because she feels the same thing like me..

Takyah cerita la, nanti panjang berjela pulak..

Boring..

Eh kejap. Kenapa mcam takde kait pun dengan tajuk. Hehe. Alah, mesti korang dah dapat agak punya kan..

Time nak exam adalah time nak cover semua chapters..

Kalau tak camna nak jawab..

Mata ni degil sikit, baca physiology je CONFIRM ngantuk..

Untunglah dah belajar pasal neuron..
Boleh apply..

Jadinya, nak overcome masalah asyik ngantuk ni, minumlah

NESCAFE!!
(bukan nak promote eh)

Pelbagaikan cara dan rasa..

Tambah coklat jadi Neslo pastu cicah biskut Wholemeal Jacob's..
Minum gitu je pon okay jugak..
Tak pun cicah roti..
Keh keh keh..

Tapi jangan selalu sangat sampai ketagih (macam dadah pulak..hish)
Tak elok untuk kesihatan..
(pesanan penaja dari Kementerian Kesihatan Malaysia)

Sehari sekali dah cukup..
Haha..

Habis je reaction caffeine kat dalam sistem badan ni, confirm penat and ngantuk pulak..
Tidur je la sebab otak pun dah penat..
Nak kena servis jugak..

Dah, STOP!!

Nanti melencong ke lain pulak..

Selamat study!

Selamat berjuang!

Selamat menjawab exam!

Selamat menjaga kesihatan!




Doakan kejayaan bersama..
Bantu diri untuk bantu orang lain pasti Allah akan bantu kita..
Kita berada di medan perjuangan menempuh peperangan..

BERJAYA atau GAGAL??!!

Jawapan ada pada diri sendiri..

Wassalam :)

(Kalau rasa tak santai, sorry la. Tapi korang dah habis baca pun. Kira ok la tu. Haha)

Tuesday, 4 June 2013

Sahabat ke Jannah






Bismillah..

Tiga minggu dah tak update..
Tapi masih suci dalam debu..
(^_^)V

Sedar ataupun tidak..
Hampir dua tahun, dua tahun kita kenal..
Dari Tamhidi sampai sekarang (baru tahun 1)..
Pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi bersama..
Walaupun datang dari berlainan tempat..
Kita masih setia teguh berdiri bersama menyokong antara satu sama lain..


Wahai teman-teman tersayang..
Dalam setiap perhubungan yang terjalin..
Pasti ada ujian yang akan Allah beri..
Bukan untuk memutuskan ikatan yang sedia terjalin, malahan untuk meningkatkan lagi tahap ukhuwah antara kita..
Sanggupkah kita berdamping dengan rakan kita ketika susah mahupun senang..
Beranikah kita menegur apabila mereka membuat kesalahan..
Kita sedang berada dalam dakapan ukhuwah yang sentiasa didakap oleh Allah melalui rahmatNya..

Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..
Kita bersahabat kerana Allah..
Kita bertemu atas kehendak Allah yang mengaturkannya..
Berjumpa di atas landasan ilmu menuju Ilahi..
Perubatan bukan satu bidang yang kita boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa..
Lebih banyak kesukaran, kedukaan dan cabaran..
Teman-teman disekelilinglah yang menjadi tempat meluahkan perasaan, tempat bercerita..
Sungguh bijak Allah merancang strategi untuk setiap hambaNya agar kita tidak kesunyian untuk berjuang..

Untuk bina jambatan hati antara kita, bukan mudah..
Jambatan yang dibina akan menghubungkan kita dengan Allah..
Maka, binalah dengan penuh ketelitian dan perkukuhkanlah dengan tembok keimanan..


Sahabat adalah cermin buat sahabatnya..
Baik dia, maka baiklah kita..
Soleh dia, in syaa Allah soleh jugalah kita..

Sahabat yang disayangi kerana Allah..
Tegurlah aku..
Nasihatlah aku..
Sedarkanlah aku..
Bawalah aku keluar daripada kepompong kealpaan..
Beranikanlah diri untuk menegur aku atas kesalahan yang aku lakukan..
Bawalah aku menuju jalan pulang ke pangkuan Ilahi..
Bimbinglah aku menuju cintaNya..
Pimpinlah aku untuk bersama-sama berjuang membawa Islam..
Agar aku tidak tersasar dalam misi memburu hidayah dan cintaNya yang hakiki..

SAHABAT..
Berjalan, berjuanglah bersama-sama denganku..
Agar kita sama-sama bertemu di syurgaNya..
Ukhuwah ini akan tetap tersimpul mati selamanya..

(berjurai air mata)
Peace be upon you




Sayang kamu semua kerana Allah

Sunday, 19 May 2013

Symbol.



All things happen with many reason. It depend on you how to take something from that.

Bersawang, berhabuk dah..
Lama dah tak menulis..
(ceh, padahal baru 2 minggu)

Idea ada tapi kekangan waktu pulak..
- kalau nak, semua boleh. alasan je lebih. Ini semua poyoo...

Kenapa tiba-tiba mencemar duli malam ni?
Sini nak kongsi-kongsi (bukan filem kongsi tu) sedikit ilmu yang baru dapat lepas SC tadi..
Apa yang boleh disimbolikkan dengan kehidupan kita selama 19 tahun ni..
(notis: saya baru masuk 20 tahun eh)

Mudahkan ayat, kita rasa hidup kita ni sama dengan apa..

Tak pernah pun terfikir nak samakan hidup kita dengan sesuatu di sekeliling kita..
Dapat tak something yang berharga kat situ?
Apa-apa perkara yang berada di sekitar kita, cuba relate dengan kehidupan yang Allah telah tetapkan..
Secara automatik kita mendekatkan diri dengan Allah..

Subhanallah..
Begitu cantik Allah aturkan kehidupan hamba-hambaNya di dunia ini agar kita sentiasa ingat akan Dia..

Mula-mula terfikir kain buruk..erk..
Tapi nak selarikan dengan apa..
Ah, tukar-tukar..
Then, span basuh pinggan..
Tapi rasa kelakar pulak sebab takde alasan munasabah..
Kih kih kih

Tiba-tiba..

Mancis!!

Terus terlintas kat otak..
Kenapa saya pilih mancis?
(macam takde kaitan pun kan)
Ada laa..

Sifat kemarahan dalam diri..
Sebatang mancis tidak akan bertindak apa-apa jika tidak berlaku geseran..
Bebas berkawan dengan sesiapa..
Bebas bergerak dan lakukan apa-apa yang disukai tanpa melibatkan orang sekeliling..
Duduk sama-sama buat aktiviti dengan rakan-rakan..
Ibarat mancis di dalam kotaknya..
Sedangkan di luar kotak terdapat tempat untuk menyalakan api..

Begitu dengan kita..
Kemarahan tidak akan tercetus jikalau tidak berlaku geseran..
Geseran tersebut sama seperti perkara yang berlaku di sekeliling kita..
Yes, I admit that when something happen sampai melepasi tahap kesabaran, api kemarahan akan menyala..
Sebatang mancis terbakar, apabila duduk berdekatan rakan-rakannya, pasti akan membakar mereka juga..

Memang susah untuk kawal kemarahan yang memuncak..
Because of that, I'll try to avoid from people around me..
Taknak sampai orang lain yang kena percikan tersebut..
Sampai ada satu masa air mata akan mengalir sendiri untuk kawal diri dari marah..
Lama-lama api tersebut akan padam sendiri apabila sebatang mancis tersebut habis..

Cuba bayangkan kalau api tersebut duduk bersama-sama dengan mancis yang lain, pasti akan lambat padam sebab akan membakar yang lain juga..

"Orang yang paling kuat adalah orang yang berjaya mengawal kemarahannya"
Peace be upon you.

May Allah bless us.

Actually, post kali ni adalah side diri saya yang orang tak boleh nampak. Hanya diri sendiri yang dapat rasa sebab melibatkan hati.

Sunday, 5 May 2013

Omei angat (Comel Sangat)



Dengan nama Allah..

Cuba tengok gambar bawah ni..


My clothes

Mesti korang kata 'pehal dia nak menunjuk ni'..
Takde la, bukan nak tunjuk pun..
Bukannya banyak, tak cantik pulak tu..

Entri kali ni nak cakap, eh cerita, eh silap, nak tulis yang ada kaitan dengan pakaian..

Especially we as a Muslimah..

Say 'NO!' to Tabarruj..

Harap-harap diri sendiri pun berjaga-jaga dalam etika berpakaian mengikut Islam..
Kenapa tiba-tiba kan??

Sebabnya bila dah nak habis tahun (ikut jadual USIM Pandan), mesti ada dinner..
Dinner tu mesti ada tema kan..
Kalau tak ikut tema mesti orang pandang pelik, kan...
So, ceritanya camnie..

Pada zaman dahulu kala..(acece, layan je la)

Kitorang dah nak habis tahun 1 sesi 2012/2013 (skema tak)
Kira-kira sebulan before final exam, ada dinner untuk dental and medical students..
Objektifnya, cliche..
Untuk rapatkan ukhuwah, kenal-kenal antara batch and untuk tunjukkan bakat terendam masing-masing..

Main objective adalah untuk tunjuk siapa punya baju paling mahal, paling cantik, paling vogue mengikut tema yang ditetapkan..
Then, dapat anugerah pakaian paling menarik..
Mesti ada orang nafikan..
(eh, sukati la..ini blog saya..jangan marah)

Kalau tak, mesti semua duk rileks study tanpa fikir nak pakai baju apa..
Pakai je la apa yang ada kat almari tu..

Nafsu pun berkata, 'taknak la, semua dah pernah pakai. nak beli baru.'
Jeng jeng jeng..
Time ni la syaitan semakin kuat menggoda kita..

Antara AKAL dan NAFSU..
Mana yang akan bermaharajalela..
Tips : (ceh, bagi tips pulak..haha)

Kita jadi diri sendiri..
Tak perlu berpura-pura sampai rasa tak selesa time bergaya..
Selama ni tak pernah nak pakai shawl, tiba-tiba buang tebiat nak pakai..
Lastly, kita yang rasa rimas padahal orang lain tak kisah pun kita nak pakai apa..

Ikut kemampuan..
Lebih senang cari baju yang memang kita akan pakai kat tempat lain..
Jubah, baju kurung or blous dengan tudung bawal, tudung akel cukup lah..
Tak perlu dress yang pelik-pelik, belit sana sini, kena pakai cardigan lagi..
Kan menyusahkan diri sendiri jugak..

No Tabarruj..

Jangan sebab nak vogue, pilih baju yang penuh 'lip lap lip lap'..
Tudung or veil sarat dengan labuci yang berkilau-kilau..
Alah, cantik bila kena cahaya lampu je..
Waktu siang takde kelip-kelip pon..
Lagi buat malu je tetiba pakai penuh dengan kilat-kilat waktu siang..

Senang cerita, kalau nak pilih pakaian, pilihlah yang menyenangkan untuk kita..
Jangan makin menyusahkan, contohnya susah nak gosok..
Kan dah buang masa..
(Haish, syaitan ni memang asyik menang je bab ni..
Takpe-takpe, lepas ni kau kalah..haha)

Pakaian yang kita pakai tu boleh tak untuk dibawa dalam solat tanpa telekung..
Tak jarang, tak ketat, tak buka aurat..

Kalau untuk dibawa solat dah pass, cuba fikir time duduk depan cermin tu..
Allah redha tak dengan pakaian aku ni..

Then, kalau dah pass semua tu, tanya kawan kita pula..
Sama ada pakaian kita menarik perhatian atau tak..
Bila dah pass 3 ujian tu, baru boleh keluar tanpa was-was (macam iklan pulak)

Jangan kita menjadi hamba fesyen..
Selarikan fesyen mengikut Islam, jangan Islam mengikut fesyen..

Time dinner nanti mesti variety of fashion yang dipakai..
Tunggu dan lihat sahaja..
(kalau tanya saya nak pakai apa, my answer is jadi diri sendiri..kan senang :D
Dah comel dah tu, kalau pelik-pelik jadi makin buruk pulak..)

BERPAKAIANLAH DENGAN MENGIKUT SYARIAT ALLAH

Peace be upon you.

Saturday, 27 April 2013

Apa nak jadi?



*ehem-ehem, baru balik dari PWTC ada PBAKL13


taraa..
(ignore the background)

Addition in my collections..
Actually, banyak buku tak baca lagi, then tambah lagi ni..
Saja suka-suka sebab suka tengok buku banyak kat atas meja..
(padahal medical book bergunung nak study..ish ish ish..)
Okay, out of topic..

Can you find a book with turquoise color??
Between black and pink..
Don't you dare to say you cannot see the book..
Kesian ye kalau tak nampak..melainkan sesiapa yang ada color-blindness #tibe

Sebenarnya..
(bukan sebenarnya saya isteri dia eh #mengarut)
This story is about the writer of 'Rasulullah is my Doctor'..
JERRY D. GRAY (takde kaitan dengan buku anatomy)
He's a soldier before become a famous and good writer..
He came from U.S..
After convert to islam, he move to Indonesia and stay there until now..
I really respect him because of one incident happen today..

After he gave some speech in front of people, he should be in the same booth with Hilal Asyraf but then they changed to Bilik Kelantan because of many people in that booth..

For me it's okay there for his fan to meet him..

Unfortunately, Bilik Kelantan was full with people to meet actor and actress of movies that adapted from novel..
Jerry was so humble..
He take one of the chair and sit at the entrance of another room..
It's really touching..

Astaghfirullah, what happened to Malaysian??
Apa nak jadi??
Apa nak jadi??
Seriously, apa nak jadi??

Mereka lebih rela bersempit-sempit, bertolakan untuk jumpa artis yang tak beri sebarang manfaat dalam hidup..

Sanggup ignore the person who came with many knowledge and experience strictly to share and give a lessons to others..
He was very humble and don't care if he just sit at that place..
Allah, lindungilah dia dan tanamkanlah sifat rendah diri dalam diri dia..
Semoga suatu masa nanti, ramai yang ikut jejak langkah dia untuk mencariMu..

Peace be upon you.

Tuesday, 23 April 2013

Wasiat



Wasiat Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna,

"Janganlah kau berputus asa, kerana ianya bukanlah akhlak muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Yang lemah tidak akan selamanya lemah sepanjang hidupnya, dan yang kuat juga tidak akan selamanya kuat. Bersiap sedialah dan beramal. Jangan kita menunggu datangnya hari esok, kerana bisa jadi kita tidak bisa berbuat apa-apa di esok hari. Putaran waktu banyak memberikan peluang kepada kita, maka rebutlah peluang yang ada itu. Bumi akan terus berputar dan kejayaan itu pasti akan kembali kepada kita."
"Teruskan beramal dan melangkah kerana pejuang itu tidak akan sekali-kali mengenal 'lampu merah, dalam berjihad!"

- I found this qoute in my 'buku conteng-conteng'..esok exam tapi dah tak tahan sangat nak update :D

Peace be upon you

Thursday, 18 April 2013

Biasalah, doktor..



Exam dah dekat..
Exam dah dekat..
Alamak!! Exam dah dekat..

Time gawat camnie la baru nak buat Solat Hajat..
Kan kan kan..
(saya pon student jugak maaa..)

Then, we realize that there are many things yang belum cover..
Anatomy Physiology Biochemistry..
(ni baru midsem, belum final lagi)

Tinggal lagi 2 or 3 days more, maka keluarlah ayat :

"Tensionnya"

"OMA!!Banyak lagi tak baca ni"

"Apa yang nak kena baca sebenarnya"

"Peningnya aku tengok gambar nie"

Lastly, duk depan laptop, layan muka buku..
Update sana sini, cicip cicip..
Kan kan kan..

Actually, kalau taknak rasa semua tu, kita study macam biasa..
Jangan fikir study untuk exam..
Confirm stress time study tu..
Biasalah, doktor..

Kalau tak rasa tension tu bukan doktor namanya..
Kan kan kan..

Then, time dah dekat nak exam, semua jenis solat sunat baru nak buat..
Tahajjud, Hajat, Dhuha, Istikharah..
Solat semata-mata untuk exam..

But!! But!!

Kalau exam adalah platform yang trigger diri untuk terus istiqamah buat perkara-perkara sunat, sangat digalakkan..
Kita taktau bila Allah nak gerakkan hati untuk istiqamah kan..
So, tak salah pon..

Ayuh teman-teman!!



Thank you Allah!!

As a future doctor, we must become a positive thinker..

Positive positive positive..

Yela, kalau dalam MCQ, betul je dapat markah. Salah je terus negative marking kan..

Nak treat patients mesti kena diagnosis diseases yang betul..

Kalau salah mati (erk, tak baik. Inalillah..) la patient tu..
See?? Negative je terus die..

Same with us..
Bila hidup asyik negative je, semua perkara jadi buruk..
After this, try guna words yang positive..
In syaa Allah, hidup sentiasa bahagia..
(cakap untuk diri sendiri jugak)

Biasalah, doktor..

All things

Mula-mula naik basikal takkan terus pandai kan..

Cuma masak air guna electric kettle je yang terus berjaya..cuba buat, confirm terus success..kan kan kan..
*joking joking..eh tapi betul pon kan..

Panjang pulak..
Biasalah, doktor..
(padahal dah stuck nie)
Last last..

Trust Allah

Sebaik-baik perancang adalah Allah..
Letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dia..
Dia cipta kita, mesti Dia tahu segala yang terbaik untuk kita..
Hati kita milik Allah..
Selamanya..

Biasalah, doktor..

Kita kena rasa semua kesakitan, kepedihan, kesusahan, keperitan first, then baru boleh rawat orang lain yang sakit, pedih, susah, perit..
Tak kisah dari segi rohani, jasmani, emosi or mental..

Sekali dah masuk ke dalam dunia doktor, takkan boleh untuk berpatah kembali..
Begitu tinggi nilai sebagai seorang doktor..
(doktor falsafah a.k.a. PhD sekali)

(Fullstop!! Haish, panjang pulak..hehe)

Berjuang di jalan Allah!!