Thursday, 8 May 2014

Mission.



6 days to go.
I've mission to do.
What is it?

That must be something special for my special person.
Who?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Maybe after 4 years from now.

Friday, 4 April 2014

No Title













What I want now is

I DON'T WANT TO GROW UP BECOME AN ADULT!!!!!!!!

Full-stop.




















Thursday, 26 December 2013

Hekzem



Ya Allah, dah berkurun tinggalkan blog ni.
(sambil bersihkan sarang labah-labah)

Yelah kan. Hezkem dah dekat.
No time to play-play huh. (Ceitt)

Okey lah. Takde apa pun nak tulis. Just nak pastikan every month ada entry masuk.
Barulah ada orang datang jenguk. Ye dak? Haha

Just to say 'GOOD LUCK in our examination.'
This is just exam in medical school, not Allah's exam.
We can do it, doctors.
Put out trust with Allah. In syaa Allah, He always with us.
Amin.

May Allah bless us.

Friday, 29 November 2013

Ada apa dengan Barakah?



Ada apa dengan Barakah
Imam muda Hassan
Exam hall

Apabila dua tambah tiga bukan lima,
Apabila kesempitan bererti keluasan.
Keberkatan dalam setiap pekerjaan

Duit adalah duit semata-mata. Kenyang yang kita dapat, rumah yang kita beli. Semua dari Allah.
Makanan adalah perantara sahaja. Allah yang beri kekenyangan.

Apa itu berkat?
Kita tak nampak, tapi dia ada.
Orang Arab suka guna angka 7. Itu menggambarkan banyaknya bilangan.

Dr Zulkifli AlBakri
Tuan kedai suka belanja anak murid doktor sebab dia seorang ulama'
Rugi itu hukum manusia

Dato Dr Harun Din
Jin tak nak jumpa beliau
Kuliah subuh, beliau hadir. Im Hassan takut untuk beri ceramah.
Beliau jumpa, peluk, doa, ucapan terima kasih.
Tak kira siapa yang beri ilmu, dia hormat.
Kita akan rasa tenang dengan orang yang ada keberkatan.

Prof Muhaya
IM Hassan beri ceramah, beliau tulis ilmu yang diberi, ucap terima kasih.
Rawatan lasik percuma kepada ustaz-ustaz.
Kita bagi banyak, lagi banyak kita dapat.

Cara untuk mendapatkan keberkatan:
1
Surah Maryam : 96
Orang yang beriman dan beramal soleh
Untuk jadi orang yang bahagia di sisi Allah, hendaklah beriman dan beramal soleh
Allah guna perkataan kasih sayang dan cinta
Mawaddah dan Mahabbah
Mawaddah-perasaan sayang datang dari Allah dengan syarat beriman dan beramal soleh
Mahabbah-perasaan sayang dan bahagia disertakan dengan unsur syahwat, campur dengan dunia dan nafsu

Surah Ali Imran : 14
Diperindahkan hidup manusia dengan perasaan suka ; anak-anak, harta, haiwan ternakan
Ada orang yang berharta, kaya tetapi tak mencukupi
Ada orang yang bersederhana, tetapi hidup mencukupi
Keberkatan dalam rezeki

2
Dalam perkara yang kita buat, apa yang kita letakkan yang paling atas
Adakah Allah yang kita letakkan no 1?
Berjaya kerana Allah, bukan kerana makhluk Allah
Kaya itu usaha, bagi kaya itu Allah
Nak letak Allah di atas, macam mana?
Usaha, yakin

Tanda-tanda ikhlas:
1. Bila dikeji atau dipuji, dia tidak merasa apa-apa
2. Kita tak mengungkit perkara baik yang dilakukan
3. Kita tak mengharapkan balasan dari sesiapa, tetapi mengharapkan balasan dari Allah

Tanda-tanda keberkatan:
Isteri solehah
Suami soleh
Hidup bahagia
Orang sekeliling sayang
Anak-anak berjaya
Zuhud pada dunia. Kamu letakkan apa yang kamu ada itu sedikit sahaja, semua adalah hak Allah.

Adakah sifat lupa merupakan tanda hilang berkat dalam tuntut ilmu?
Mungkin tidak kerana sifat lupa adalah sifat manusia.
Perawi hadis pun kadang-kala terlupa walaupun sedikit.
Disebabkan pemakanan dari sumber haram, hilang berkat yang menyebabkan lupa.

Istidraj- nikmat yang dapat tapi bukan nikmat sebenar, itu adalah ujian.
Bagaimana nak tahu?
Jangan tanya pada orang tu sama ada dia baik atau tak.
Tengok pada kawan-kawan dia.
Selalu adakan usrah, dikelilingi kawan yang baik, sentiasa ingat mati.

Amalan yang dilakukan untuk dapat nikmat?
Perlu sentiasa menggunakan pandangan hati.
Pandangan mata selalu menipu. Guna mata dalam hidup, pasti tak selamat.
Pandangan hati akan mendekatkan diri kepada Allah.
Belajar guna hati.
Walaupun buat baik, tetapi semakin jauh dengan Allah. Mungkin istidraj.
Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa.

Saja copy paste dari notes. Baru ori.

May Allah bless us.

Tuesday, 5 November 2013

Selekeh



Entry kali ni sempena minggu hekzem lepas. Selagi tak keluarkan, asyik teringat je.

1
2
Action!

Me : Haish. Minggu exam ni semua selekeh. Rumah selekeh tak bersapu, baju penuh sebakul tak sempat nak basuh.
Aqis : Memang. Jiwa pun selekeh.
Erk! (tercekik)

Yelah. Exam seminggu je tapi preparation mesti awal seminggu kan (ceh, bajet macam study je). So, totally 2 minggu tak pegang penyapu, tak berus baju dan tak....

Baca al-Quran??

Astaghfirullah. TT.TT

Jiwa selekeh. Eh, baca Quran tapi tak seistiqamah macam hari tak exam la. Tidur tak tetap waktu, Qiamulail entah berterabur ke mana. Ma'thurat tercicir. Nasib baik solat fardhu cukup tapi tu pun tak awal waktu.

Rumah kotor. 1 jam amik masa nak bersihkan. Sapu, mop. Siap. Clean & clear.
Baju kotor. 1 jam duduk dalam toilet basuh. Berus, bilas. Done. Wangi & bersih.
Jiwa selekeh? 1 jam baca Quran. Tetap belum jadi bersih & wangi. Take time nak bersihkan, kekalkan.

Exam bukan penyebab untuk kita selekehkan jiwa dengan tak melakukan amalan-amalan yang biasa kita lakukan. Tak lulus exam dunia, masih boleh go on. Tapi kalau fail exam depan Allah, boleh ke kita go on masuk syurga?

Ok.

Maybe akan ada yang kata kita taktau soalan apa yang akan keluar. So, mesti kena tumpukan sepenuhnya lecture notes yang lagi tebal dari kamus dewan tu. Nanti senang la nak jawab. Tapi, kenapa kita tak buat preparation sebegitu rupa untuk exam kat akhirat nanti sedangkan kita dah tau soalan apa yang Allah akan tanya (tak payah tulis sebab korang pun dah tau kan)

Cuma kita kena buat bersungguh-sungguh dan sempurna je. Tak susah pun.

Marilah sama-sama kita bersihkan rumah yang dah macam ppfffttt ni. Baru selesa nak belajar dan beribadat.

Pada masa yang sama, bersihkan jiwa kita yang dah sememangnya selekeh ni dari kekotoran.
(entry ni pun selekeh, berterabur)


May Allah bless :)

Friday, 18 October 2013

Jodoh Dah Sampai



Takde apa nak tulis pun.
Saja nak say 'Congratulation' to my friend, Nadia Amilin sebab dah selamat menjadi isteri kepada suaminya.
Semoga berbahagia sehingga ke Jannah-Nya. In syaa Allah.





Seriously, I'm really happy for both of you.
(jealous pun ada jugak..hehe)





Cari warna turquoise takde. Pink pun boleh la.
Saat lafaz sakinah dilafazkan, ikatan tersebut sudah tersimpul mati. Tidak boleh dileraikan. Tanggungjawab dan amanah yang terpikul, mampukah terlaksana?
Allah tahu tahap kemampuan hamba-Nya.





Bercintalah sehingga ke syurga-Nya.





Perbanyakkanlah umat Muhammad di muka bumi Allah ini agar Islam sentiasa dijunjung. Semoga dikurniakan permata-permata yang soleh dan solehah ;)




Kami semua mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang dibina menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah warahmah.
(err..takde point nak tulis panjang-panjang sebenarnya)


May Allah bless us :)

Sunday, 6 October 2013

Sebelum Kau Halal Untukku




Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan.

Amin Ya Rabbal ‘alamin

(bukan cipta sendiri. jumpa kat fb)